dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Nadi X Mahir: Kursus Mahir Masak Short Learning Series - Masakan Nyonya Bersama Chef Florence Tan

7 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 06/03/2025 bersamaan hari Khamis, Kursus Mahir Masak SLS - Masakan Nyonya bersama Chef Florence Tan di bawah bimbingan Chef Florence Tan dan Cikgu Rosnaini telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai warisan masakan Nyonya yang autentik serta teknik penyediaan hidangan tradisional dengan bimbingan chef profesional.

Aktiviti Utama:
- Pengenalan kepada Masakan Nyonya
- Bahan-bahan untuk Ayam Titik
- Demonstrasi Penyediaan Ayam Titik
- Bahan-bahan untuk Kuih Gading Galoh
- Demonstrasi Penyediaan Kuih Gading Galoh

Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari dan menghayati warisan masakan Nyonya, memahami teknik penyediaan masakan tradisional secara praktikal, serta mendapatkan panduan dan tips berharga daripada Chef Florence Tan bagi meningkatkan kemahiran memasak mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.